Dari Segi Bahasa:
Bererti menahan diri daripada sesuatu.
Dari Segi Syarak:
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Dalil Al-Quran
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah: 183)
Maksudnya: Pada bulan Ramadan, diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa.
(Surah Al-Baqarah: 185)
Dalil Al-Hadis
Maksudnya: "Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadan."
Syarat Wajib Puasa
- Islam - Puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam.
- Baligh - Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau abelum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa kepada kanak-kanak.
- Berakal - Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
- Sihat - Orang yang sakit atau uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah.
- Bermukim - Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan Ramadan.
- Suci - Suci daripada haid dan nifas bagi wanita.
- Islam
- Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak).
- Suci daripada haid dan nifas.
- Apabila nyata masuknya bulan Ramadan.